Gempa bumi magnitud 5.0 landa perairan Sandakan

Foto FB Malaysian Meteorological Department

KOTA KINABALU, 6 Oktober – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada pukul 9.11 malam ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pusat gempa pada koordinat 4.9 darjah Utara dan 118.7 darjah Timur, pada kedalaman 10 kilometer.
  • Pusat gempa terletak kira-kira 48 kilometer di timur Lahad Datu.
  • Gegaran turut dirasai di sekitar kawasan Pantai Timur Sabah.
  • METMalaysia akan terus memantau perkembangan dan meminta orang awam yang merasai mengisi borang soal selidik melalui pautan rasmi.

Gempa berlaku pada koordinat 4.9 darjah Utara dan 118.7 darjah Timur, pada kedalaman 10 kilometer.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataannya memaklumkan, pusat gempa terletak kira-kira 48 kilometer di timur Lahad Datu.

Gegaran turut dirasai di sekitar kawasan Pantai Timur Sabah.

METMalaysia akan terus memantau rapat perkembangan semasa susulan insiden gempa berkenaan.

Orang awam yang merasai gegaran diminta mengisi borang soal selidik menerusi pautan rasmi di https://forms.gle/fMioquNhRNQGCbZVA.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.