Keamanan, perpaduan tunjang kemajuan Malaysia – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan para peserta Tilawah dan Hafazan ketika hadir pada Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-66 di WTCKL / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 6 Oktober – Keamanan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama kekal menjadi tunjang utama bagi Malaysia memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan teknologi moden secara berterusan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tanpa muafakat dan kestabilan, usaha menjadikan Malaysia negara maju serta transformasi digital dan AI tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan.
  • Pesanan Amir Syakib Arslan menuntut kembali kepada roh perjuangan, kekuatan dan kesedaran bahawa kebangkitan mesti di landasan yang jelas.
  • Umat Islam digesa memperkukuh iman, meningkatkan ilmu serta memperkasa akhlak dan sahsiah; islah mesti berteraskan pengajaran Al-Quran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tanpa muafakat dan kestabilan yang kukuh, usaha merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju, termasuk memperkukuh transformasi digital dan Kecerdasan Buatan (AI), tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan.

“Kerana tidak ada negara di dunia yang boleh berbicara soal pertumbuhan ekonomi, merancakkan pembangunan dan memulakan program baharu, transformasi digital serta Kecerdasan Buatan tanpa semangat perpaduan dan keamanan.

“Dan boleh memikirkan cara yang serius. Tidak lupa pesanan Amir Syakib Arslan pada tahun 1930 bahawa mesti kembali kepada roh perjuangan dan kembali kepada kekuatan serta insaf bahawa bangkit itu dengan landasan yang jelas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pembukaan Perasmian Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-66 di Pusat
Dagangan Dunia (WTC), di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Datuk Seri Anwar turut menggesa umat Islam supaya bangkit sebagai umat yang utuh dan gagah dengan memperkukuh iman, meningkatkan penguasaan ilmu serta memperkasa akhlak dan pembentukan sahsiah.

Justeru, katanya, kebangkitan dan keberanian untuk membawa perubahan atau islah hendaklah sentiasa berteraskan pengajaran, kefahaman dan pengamalan ajaran al-Quran.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.