Syarikat penerbangan Iran kembali beroperasi ke Najaf

Foto AFP

NAJAF, 5 Oktober -Syarikat penerbangan Iran kembali beroperasi ke Najaf, Iraq, pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Iraq mencapai persetujuan dengan Amerika Syarikat membenarkan syarikat penerbangan Iran kecuali Mahan Air hingga 40 penerbangan sehari.
  • Bulan lalu Iraq menguatkuasakan larangan Amerika Syarikat terhadap syarikat penerbangan Iran, menjejaskan perjalanan penumpang terutama di Lapangan Terbang Najaf.
  • Amerika Syarikat memberi pengecualian kepada Iraqi Airways untuk mengendalikan penerbangan antara Najaf dan Iran dijangka bermula bulan ini.
  • Sekatan Washington merupakan usaha menekan ekonomi Tehran ketika kedua negara masih belum mencapai perdamaian susulan konflik berlarutan.

Pegawai Lapangan Terbang Najaf, Hussein Muhanna, mengesahkan penerbangan antara Iraq dan Iran kembali beroperasi menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Najaf.

Penerbangan pertama dikendalikan Caspian Airlines, yang mendarat pada pukul 5.15 petang waktu tempatan.

Jumaat lalu, kerajaan Iraq memaklumkan persetujuan dicapai dengan Amerika Syarikat bagi membolehkan syarikat penerbangan Iran, kecuali Mahan Air, mengendalikan sehingga 40 penerbangan sehari dari dan ke Najaf.

Bulan lalu, Iraq menguatkuasakan larangan Amerika Syarikat terhadap syarikat penerbangan Iran, sekali gus menjejaskan perjalanan penumpang, khususnya di Lapangan Terbang Najaf yang menjadi hab utama penerbangan Iran ke Iraq.

Dalam perkembangan berkaitan, Amerika Syarikat turut memberikan pengecualian kepada syarikat penerbangan nasional Iraq, Iraqi Airways, untuk mengendalikan penerbangan antara Najaf dan Iran yang dijangka bermula bulan ini.

Sekatan Washington terhadap syarikat penerbangan Iran merupakan sebahagian usaha menekan ekonomi Tehran, ketika kedua-dua negara masih belum mencapai perdamaian susulan konflik yang berlarutan sejak beberapa bulan lalu. AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.