Turkiye dilanda gempa bumi magnitud 5.2

Foto hiasan

ISTANBUL, 4 Oktober – Gempa bumi bermagnitud 5.2 direkodkan di wilayah Osmaniye, tenggara Turkiye pada Ahad, menurut Agensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD), lapor Sputnik/RIA Novosti.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pusat gempa dilaporkan berhampiran kampung Sumbas.
  • Pusat gempa dikesan pada kedalaman tujuh kilometer.
  • Beberapa minit sebelum itu, dua gegaran direkodkan di Adana, masing-masing magnitud 4.9 dan 4.8.

“Gempa bumi bermagnitud 5.2 berlaku di wilayah Osmaniye pada 2.43 petang (1143 GMT), dengan pusat gempa terletak berhampiran kampung Sumbas,” menurut kenyataan itu.

Pusat gempa dikesan pada kedalaman tujuh kilometer.

Beberapa minit sebelum itu, dua gempa bumi masing-masing bermagnitud 4.9 dan 4.8 direkodkan di wilayah Adana yang bersempadan.- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.