PRN Melaka: PKR mampu cipta kejutan jika jentera berdisiplin

Datuk Azman Abidin / Foto Fail BERNAMA

BANDARAYA MELAKA, 27 September – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mampu mencipta kejutan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekiranya jentera berdisiplin, terlatih dan komited.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jentera yang disiplin, terlatih dan komited penting untuk mendekati pengundi serta memperkukuh sokongan di peringkat akar umbi.
  • Majlis Apresiasi Wanita Keadilan Melaka melancarkan jentera Wanita, dirasmikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
  • Datuk Seri Dr Wan Azizah mengingatkan anggota supaya tidak menganggap kemenangan pasti; terus berusaha mendapatkan keyakinan dan sokongan pengundi.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin berkata, kekuatan jentera antara elemen penting bagi memastikan parti dapat mendekati pengundi dan memperkukuh sokongan di peringkat akar umbi.

“Saya yakin kalau kita boleh ada jentera yang disiplin, jentera yang terlatih, komited, saya rasa kita boleh buat kejutan di negeri Melaka ini,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Apresiasi Wanita Keadilan Melaka dan pelancaran jentera Wanita PKR, di sini, yang dirasmikan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Terdahulu, Datuk Seri Dr Wan Azizah ketika ditemui pemberita turut mengingatkan anggota parti supaya tidak menganggap kemenangan dalam pilihan raya sebagai sesuatu yang pasti.

Sebaliknya terus berusaha mendapatkan keyakinan dan sokongan pengundi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.