
PUTRAJAYA, 23 September – Permohonan undi pos bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 dibuka mulai hari ini melibatkan pemilih dalam serta luar negara bagi semua kategori termasuk 1A, 1B dan 1C.
- Permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui portal MySPR.
- Kategori 1A: polis, tentera, petugas pilihan raya, pegawai SPR, petugas media; 1B: rakyat Malaysia di luar negara; 1C: agensi layak.
- Tarikh tutup akan dimaklumkan kemudian. Pertanyaan: 03-8892 7080 atau e-mel upup@spr.gov.my.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Khairul Shahril Idrus memaklumkan, semua permohonan perlu dibuat secara dalam talian menerusi portal MySPR.
“Kategori 1A merangkumi anggota polis, tentera, petugas pilihan raya, ahli atau pegawai SPR serta petugas media, manakala Kategori 1B membabitkan warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara.
“Kategori 1C pula membabitkan agensi atau organisasi yang layak memohon kemudahan berkenaan,” jelasnya dalam satu kenyataan.
Tarikh tutup permohonan bagi semua kategori akan dimaklumkan kemudian.
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi talian 03-8892 7080 atau e-mel upup@spr.gov.my.