Momentum ekonomi Malayisa terus berdaya tahan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 25 September – Momentum ekonomi Malaysia terus mempamerkan daya tahan berdasarkan pertumbuhan tahunan Indeks Pelopor (IP) yang meningkat 1.1 peratus pada Julai 2026, kepada 115.3 mata berbanding 114.0 mata tempoh sama tahun sebelumnya.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan disokong oleh import logam berharga, semikonduktor, dan permintaan global terhadap produk E&E.
  • Kestabilan pasaran buruh dengan pengangguran rendah dan pelaburan berimpak tinggi dalam sektor berteknologi tinggi menyokong prospek ekonomi tempatan.
  • Walaupun Indeks Pelopor sedikit reda akibat aktiviti sederhana dan penurunan pendaftaran syarikat baru, Indeks Serentak disokong KWSP dan pengeluaran perindustrian.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam kenyataan memaklumkan, faktor utama yang memacu pertumbuhan ialah Import Benar Logam Asas Berharga dan Logam Bukan Ferus Lain (24.1%) serta Import Benar Semikonduktor (17.4%).

”Prospek ekonomi tempatan diyakini mampu bertahan disokong kuat oleh kestabilan pasaran buruh domestik dengan kadar pengangguran yang kekal rendah.

”Selain itu, kemasukan pelaburan berimpak tinggi dalam sektor berteknologi tinggi serta permintaan global yang berterusan terhadap ekosistem semikonduktor dan produk elektrik dan elektronik (E&E), bertindak sebagai penampan utama bagi mengekalkan kestabilan ekonomi Malaysia daripada ketidaktentuan pasaran luar,” menurut kenyataan itu hari ini.

Secara keseluruhan, prestasi IP sedikit reda susulan aktiviti yang lebih sederhana dalam beberapa komponen, terutamanya Bilangan Syarikat Baru Didaftar.

Sementara itu, prestasi bulanan IP meningkat 0.3 peratus, didorong antaranya oleh Penawaran Wang Benar serta Import Benar Semikonduktor, masing-masing menyumbang 0.1 peratus.

Melihat kepada perkembangan ekonomi semasa, Indeks Serentak (IS) mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 1.7 peratus kepada 131.5 mata pada Julai 2026 berbanding 129.3 mata pada Julai 2025.

Pertumbuhan tersebut disokong Nilai Caruman Benar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 5.8% diikuti dengan Indeks Pengeluaran Perindustrian (4.5%).

Pada asas bulanan, IS susut 0.1 peratus, didorong pengurangan dalam Nilai Caruman Benar KWSP dan Kapasiti Penggunaan dalam Pembuatan, masing-masing 0.2 peratus.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.