
KUALA LUMPUR, 23 September – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan mengurniakan anugerah dan pengiktirafan kepada syarikat tersenarai di Bursa Malaysia yang mencatat prestasi terbaik.
- Sunway Construction Group dinobatkan Syarikat Terbaik tahun ini berdasarkan prestasi keseluruhan sektor korporat Malaysia.
- Penilaian kewangan mengambil kira pulangan atas ekuiti, keuntungan selepas cukai dan pulangan kepada pemegang saham.
- Aspek kualitatif juga dinilai, termasuk pelaksanaan inisiatif tanggungjawab korporat.
Pengurniaan itu berlangsung pada Majlis Makan Malam Gala The Edge Billion Ringgit Club (The Edge BRC) dan Anugerah Korporat edisi ke-17, di sini.
Pada majlis itu, Sunway Construction Group dinobatkan sebagai Syarikat Terbaik tahun ini berdasarkan prestasi keseluruhan dalam sektor korporat Malaysia.
Penilaian mengambil kira prestasi pulangan atas ekuiti (ROE), keuntungan selepas cukai (PAT) dan pulangan kepada pemegang saham.
Turut dinilai ialah aspek kualitatif termasuk pelaksanaan inisiatif tanggungjawab korporat.
Majlis tersebut turut menyaksikan keberangkatan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, selain dihadiri Pengerusi Kumpulan The Edge Media, Tan Sri Tong Kooi Ong.