Xi seru BRICS perkukuh kerjasama ekonomi, tadbir urus global

Foto REUTERS

NEW DELHI, 13 September – Presiden China Xi Jinping menyeru negara anggota BRICS memperkukuh kerjasama ekonomi, pembangunan berasaskan inovasi dan tadbir urus global.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menggesa anggota BRICS mempertahankan multilateralisme, menentang pencabulan kedaulatan negara dan memainkan peranan konstruktif menyelesaikan konflik antarabangsa.
  • Menyeru hentikan ketegangan di Asia Barat serta mempergiatkan usaha ke arah gencatan senjata yang kekal dan menyeluruh.
  • Ahli sebulat suara menerima Deklarasi New Delhi 2026, menyokong pembaharuan institusi global dan kerjasama untuk pembangunan mampan serta pertumbuhan inklusif.

Gesaan itu dibuat pada Sidang Kemuncak BRICS ke-18 di sini pada Sabtu.

Jinping menyifatkan BRICS sebagai platform kerjasama paling berpengaruh di dunia bagi pasaran dan negara membangun, sambil menekankan kepentingan memperdalam kerjasama ekonomi serta memperkukuh pembangunan yang dipacu inovasi.

Beliau turut menggesa anggota BRICS mempertahankan multilateralisme, menentang pencabulan kedaulatan negara lain dan memainkan peranan konstruktif dalam menyelesaikan konflik antarabangsa.

Mengenai konflik di Asia Barat, beliau menyeru supaya ketegangan konflik dan permusuhan dihentikan selain mempergiatkan ke arah gencatan senjata yang kekal serta menyeluruh.

Dalam ucapannya, beliau turut mengimbas dua dekad kerjasama BRICS dan menegaskan perlunya pembaharuan terhadap tadbir urus global bagi mewujudkan susunan antarabangsa yang lebih adil dan inklusif.

Sementara itu, anggota BRICS sebulat suara menerima Deklarasi New Delhi 2026 yang menyokong susunan antarabangsa lebih mewakili kepentingan semua negara, pembaharuan institusi global serta kerjasama lebih erat dalam pembangunan mampan dan pertumbuhan inklusif.

China dijadual mengambil alih jawatan pengerusi BRICS dan menjadi tuan rumah sidang kemuncak kumpulan itu pada 2027. -VIORY

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.