
KUALA LUMPUR, 9 November – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia, Sarawak, Sabah serta Labuan hingga 6 petang ini.
- Beberapa daerah di Pulau Pinang, Perak dan Pahang tersenarai, termasuk Kinta, Kampar, Bera dan Bentong.
- Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta beberapa daerah di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor turut tersenarai.
- Beberapa kawasan di Sarawak tersenarai termasuk Serian, Samarahan, Kuching, Betong, Sri Aman, Sarikei, Mukah, Sibu, Kapit dan Bintulu.
- Daerah di Sabah tersenarai termasuk Sandakan, Pedalaman, Pantai Barat dan Tawau serta kawasan seperti Tongod, Keningau dan Papar.
Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada 3:30 petang tadi, cuaca buruk ini melibatkan beberapa daerah utama melibatkan Pulau Pinang (Barat Daya dan Timor Laut); Perak (Muallim, Batang Padang, Kampar, Kinta, Hilir Perak, Bagan Datuk dan Kuala Kangsar) serta di Pahang (Bera, Bentong, Temerloh dan Raub).
Manakala kawasan lain membabitkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya; Negeri Sembilan (Port Dickson, Seremban, Jelebu, Kuala Pilah dan Rembau), Melaka termasuk Johor (Tangkak, Muar, Kota Tinggi, Johor Bahru, Pontian, Kulai, Kluang dan Batu Pahat).
Turut tersenarai, Sarawak (Serian (Tebedu dan Siburan), Samarahan, Kuching, Betong, Sri Aman (Lubok Antu), Sarikei, Mukah, Sibu, Kapit (Song) dan Bintulu (Tatau).
Di Sabah melibatkan Sandakan (Tongod), Pedalaman (Sook, Keningau, Membakut, Pensiangan, Beaufort, Kuala Penyu, Sipitang, dan Tenom), Pantai Barat (Papar, Tuaran, Kota Kinabalu, Penampan dan Putatan) serta Tawau (Tawau dan Kalabakan).