
MIAMI, 13 September – Gol penyamaan oleh Sam Surridge pada masa kecederaan menafikan hasrat Inter Miami untuk merapatkan jurang mata dengan pendahulu Persidangan Timur, Nashville dalam saingan Liga Bola Sepak Utama (MLS) yang berkesudahan seri 2-2.
- Gol sendiri Reed Baker-Whiting hasil sepakan sudut Messi menjadikan kedudukan seimbang pada babak pertama.
- Messi menambah jaringan babak kedua dengan rembatan lencong menewaskan penjaga gol Brian Schwake.
- Inter Miami terus mendominasi dengan serangan mengancam, termasuk dua percubaan terkena palang, tetapi gagal mengekalkan kelebihan.
Berbaki sembilan perlawanan, keputusan itu menyaksikan Nashville mengekalkan kelebihan sembilan mata di persada liga.
Nashville membuka jaringan seawal minit keempat menerusi Surridge selepas penyerang England itu melepasi perangkap ofsaid sebelum melepaskan rembatan rendah yang menewaskan penjaga gol Inter Miami.
Inter Miami kemudiannya menyamakan kedudukan pada pertengahan babak pertama selepas sepakan sudut Messi terkena pertahanan Nashville, Reed Baker-Whiting, sebelum bola menerjah gawang sendiri.
Bersambung babak kedua, Messi berjaya menambah jaringan buat Inter Miami menerusi rembatan lencong yang menewaskan penjaga gol Nashville, Brian Schwake.
Jaringan berkenaan membolehkan Inter Miami berada di depan.
Jaringan berkenaan menyebabkan Inter Miami terus mendominasi perlawanan dengan serangan-serangan yang mengancam pintu gol Nashville.
Messi sekali lagi hampir meletakkan Inter Miami di depan pada minit ke-50 dan 78 tetapi percubaannya terkena palang.
Pada penghujung perlawanan, percubaan Messi berjaya dikeluarkan pertahanan Nashville, Jeisson Palacios, sebelum Surridge memastikan kedua-dua pasukan berkongsi mata menerusi jaringan pada masa kecederaan. – AFP.