Pembiayaan mikro naik RM6 bilion, Geran Sejahtera MADANI RM200 juta diperkenal – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) – Foto Bernama

PUTRAJAYA, 30 Ogos – Peruntukan kemudahan pembiayaan mikro kepada peniaga kecil ditambah RM1 bilion, menjadikan keseluruhan dana bagi tahun 2026 sebanyak RM6 bilion.

RINGKASAN BERITA AI
  • Geran Sejahtera MADANI bernilai RM200 juta diperkenalkan untuk membantu penjaja, peniaga kecil, peniaga pasar malam dan ibu berniaga dari rumah.
  • Inisiatif bertujuan memberikan suntikan kepada sektor perniagaan dan meringankan beban kos sara hidup rakyat.
  • Langkah itu menunjukkan kerajaan memberi perhatian kepada peniaga kecil bagi memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi dinikmati lebih meluas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan Geran Sejahtera MADANI berjumlah RM200 juta bagi membantu penjaja, peniaga kecil, peniaga pasar malam serta golongan ibu yang menjalankan perniagaan dari rumah.

Jelasnya, inisiatif berkenaan bertujuan memberikan suntikan kepada sektor perniagaan, selain membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat.

“Kemudahan pembiayaan mikro bagi tahun 2026 ditingkatkan daripada RM5 bilion ringgit kepada RM6 bilion.

“Geran Sejahtera MADANI berjumlah RM200 juta turut diperkenalkan khusus untuk membantu penjaja, peniaga kecil, peniaga pasar malam serta ibu yang bekerja dari rumah, ” katanya Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Datuk Seri Anwar berkata, langkah itu membuktikan kerajaan terus memberi perhatian kepada golongan peniaga kecil dan sektor perniagaan mikro sebagai sebahagian daripada usaha memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi dapat dinikmati secara lebih meluas.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.