RM1 bilion lonjak kecekapan digital sektor kesihatan awam – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) – Foto Bernama

PUTRAJAYA, 30 Ogos – RM1 bilion diperuntukkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memperkukuh kecekapan digital sektor kesihatan awam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pelaksanaan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) dan penambahbaikan capaian internet di 150 hospital serta lebih 2,000 klinik kesihatan awam.
  • Perdana Menteri berkata pendigitalan sektor kesihatan penting untuk meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan.
  • Inisiatif dijangka mempercepat rawatan dan mengurangkan masa menunggu serta kadar beratur berjam-jam.
  • Pendigitalan kesihatan awam antara enam ikhtiar baharu kerajaan yang berkuat kuasa 1 September.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia meliputi pelaksanaan sistem Rekod Rerubatan Elektronik, (EMR) serta menambah baik capaian internet di 150 hospital serta lebih 2,000 klinik kesihatan awam di seluruh negara.

Menurutnya, pemerkasaan pendigitalan sektor kesihatan penting bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan, termasuk mengurangkan tempoh menunggu pesakit.

“Ini akan menjamin kecepatan rawatan dan mengurangkan kadar beratur berjam-jam untuk menerima rawatan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Pendigitalan kesihatan awam merupakan antara enam ikhtiar baharu kerajaan yang akan berkuat kuasa 1 September ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.