KPK peruntuk RM590,000 jayakan Kampung Angkat MADANI

Foto Bernama

BATU PAHAT, 30 Ogos – Sebanyak RM590,000 diperuntukkan Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) bagi menjayakan projek fizikal dan program pembangunan masyarakat bawah inisiatif Kampung Angkat MADANI.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pelaksanaan inisiatif Kampung Angkat MADANI di Kampung Parit Basri Laut dan Kampung Parit Warijo, daerah Seri Medan.
  • Projek fizikal termasuk menaik taraf surau, penambahbaikan balai raya dan pembaikan rumah kecil-kecilan dengan kerjasama GIATMARA Parit Sulong.
  • Termasuk kursus AI dalam pertanian fertigasi cili untuk tingkatkan kemahiran dan pengetahuan penduduk setempat.
  • Menteri Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata inisiatif mencerminkan tanggungjawab dan keprihatinan kerajaan dalam meningkatkan taraf hidup rakyat.

Inisiatif tersebut akan dilaksanakan di Kampung Parit Basri Laut dan Kampung Parit Warijo yang terletak dalam daerah Sri Medan, di sini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, antara projek yang terlibat ialah menaik taraf Surau Kampung Parit Basri Laut, penambahbaikan balai raya serta membaik pulih rumah secara kecil-kecilan dengan kerjasama GIATMARA Parit Sulong.

Selain projek pembangunan infrastruktur, turut dilaksanakan ialah program pengukuhan sosioekonomi penduduk setempat.

“Inisiatif ini termasuk menawarkan kursus penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam pertanian fertigasi cili bagi meningkatkan kemahiran serta pengetahuan penduduk setempat,” katanya.

Tambah beliau, pelaksanaan program Kampung Angkat MADANI mencerminkan tanggungjawab dan keprihatinan kerajaan dalam meningkatkan taraf hidup rakyat.

Datuk Seri Dr. Noraini berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI bawah KPK di Dewan Serbaguna Kampung Parit Warijo, Seri Medan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.