
KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Sebanyak 18 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 8 pagi Jumaat.
- Sri Aman (189) dan Serian (168) di Sarawak catat bacaan IPU tertinggi.
- Kawasan Lembah Klang: Cheras (159), Batu Muda (153) dan Putrajaya (152) rekod IPU tidak sihat.
- Beberapa kawasan Pulau Pinang dan Perak turut rekod IPU tidak sihat, termasuk Seberang Perai, Minden, Taiping dan Tasek Ipoh.
- Orang ramai boleh pantau bacaan IPU terkini melalui laman APIMS DOE atau aplikasi MyJAS EQMS.
Berdasarkan kemas kini Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), dua kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan IPU tertinggi, iaitu Sri Aman (189) dan Serian (168).
Dua lagi kawasan ialah Sarikei (152) dan Miri (102).
Di Lembah Klang, dua kawasan di Kuala Lumpur turut merekodkan kualiti udara tidak sihat, iaitu Cheras (159) dan Batu Muda (153), selain Putrajaya (152).
Selain itu, tiga kawasan turut berada dalam kategori sama di Selangor, iaitu Johan Setia (155), Shah Alam (153) dan Petaling Jaya (147) serta Seremban (104), Negeri Sembilan.
Bacaan IPU tidak sihat turut direkodkan di Pulau Pinang, membabitkan Seberang Perai (156), Minden (154) dan Seberang Jaya (152); Perak, iaitu Taiping (154), Tasek Ipoh (133) dan Seri Manjung (106) serta Sungai Petani Kedah, (152).
Orang ramai boleh memantau bacaan IPU terkini menerusi laman sesawang APIMS DOE atau aplikasi MyJAS EQMS.