
SERDANG JAYA, 22 Ogos – Rinnisha Mohan Rao dari Pulau Pinang dan Laashmita Balakumara dari Perak berkongsi pingat emas acara Thanithiramai Stick Individu Wanita selepas masing-masing mencatat 8.700 mata pada aksi akhir Silambam di Stadium MBSJ, hari ini.
- Nivess Sokalingam muncul juara Thanithiramai Stick Individu Lelaki dengan 9.367 mata.
- Lugen Saravan dan Eimaiyan Kaliyappan berkongsi kedudukan naib johan dengan masing-masing 8.767 mata.
- Kedua-dua acara individu lelaki dan wanita berlangsung sengit, podium dikongsi susulan jumlah mata sama.
- Pertandingan Silambam berlangsung 22 hingga 24 Ogos, mempertandingkan 14 pingat: lapan Poruthal, empat Thanithiramai, dua acara berpasukan.
Kedua-dua atlet menampilkan persaingan sengit sebelum mengakhiri saingan dengan jumlah mata sama, sekali gus dinobatkan sebagai juara bersama, manakala atlet Selangor, Kiranjenefer Danchill meraih tempat ketiga dengan 8.467 mata.
Sementara itu, Nivess Sokalingam dari Wilayah Persekutuan muncul juara acara Thanithiramai Stick Individu Lelaki selepas mengumpul 9.367 mata.
“Saya mengumpul 9.37 mata secara keseluruhan bagi acara ini dan sangat gembira dengan kejayaan meraih pingat emas hari ini,” katanya ketika ditemui RTM.
Lugen Saravan dari Terengganu dan Eimaiyan Kaliyappan dari Kedah pula berkongsi kedudukan naib johan selepas masing-masing mencatat 8.767 mata.
Keputusan berkenaan menyaksikan kedua-dua acara individu lelaki dan wanita berlangsung sengit apabila kedudukan podium dikongsi susulan jumlah mata yang sama.
Pertandingan Silambam berlangsung dari 22 hingga 24 Ogos dengan keseluruhan 14 pingat dipertandingkan menerusi lapan acara Poruthal (kombat), empat acara Thanithiramai (seni) dan dua acara berpasukan.