Kontraktor diseru terokai bidang pengurusan fasiliti

Foto BERNAMA

BUTTERWORTH, 18 Ogos – Golongan Kontraktor diseru untuk menerokai bidang pengurusan fasiliti (FM) dan penyelenggaraan yang mempunyai potensi besar sekaligus membuka peluang untuk mereka menceburi subsektor berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Nilai projek pengurusan fasiliti RM39.59 bilion direkodkan dari 2023 hingga 2025.
  • Pengurusan fasiliti penting untuk memastikan bangunan, jalan raya, jambatan dan aset awam digunakan secara optimum sepanjang jangka hayat.
  • Pelancaran CIS 33:2026 Panduan Amalan Baik menyediakan kerangka pengurusan fasiliti lebih sistematik, mampan dan seragam untuk industri pembinaan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, bidang berkenaan mencatat projek bernilai RM39.59 bilion yang direkodkan dari 2023 hingga 2025.

Tambahnya, berdasarkan rekod pengisytiharan projek oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), sebanyak 1,541 projek FM dan penyelenggaraan dicatatkan sepanjang tempoh berkenaan.

“Dalam tempoh tiga tahun, iaitu dari 2023 hingga 2025, nilai projek pengurusan fasiliti dan penyelenggaraan di seluruh negara mencecah RM39.59 bilion.

“Ini merupakan jumlah yang besar dan melibatkan 1,541 kontraktor berdaftar di bawah kategori fasiliti, iaitu FO1 dan FO2,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Kontraktor 2026 di sini hari ini.

Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata penekanan terhadap pengurusan fasiliti dan penyelenggaraan semakin penting berikutan keperluan memastikan bangunan, jalan raya, jambatan serta aset awam lain dapat digunakan secara optimum sepanjang jangka hayatnya.

Pada majlis sama, beliau turut melancarkan CIS 33:2026, “Facility Management Good Practice Guide”, iaitu Panduan Amalan Baik Pengurusan Fasiliti yang dibangunkan CIDB bagi menyediakan kerangka pengurusan fasiliti yang lebih sistematik, mampan dan seragam untuk industri pembinaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.