Aspirasi Malaysia@Labuan Bird Fest semarakkan bulan kebangsaan

Foto BES Labuan

LABUAN, 15 Ogos – Semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan terhadap alam sekitar disemarakkan menerusi Program Aspirasi Malaysia @ Labuan Bird Fest 2026 yang berlangsung selama dua hari di Taman Burung Labuan.

RINGKASAN BERITA AI
  • LABUANfm anjur program himpunkan masyarakat pelbagai usia, menyampaikan mesej Malaysia MADANI sempena Bulan Kebangsaan.
  • Menekankan kepentingan memelihara khazanah alam dan biodiversiti sambil menyemai nilai kebersamaan serta keharmonian.
  • Menjadi platform interaksi penyiaran awam dengan pengunjung melalui aktiviti lapangan kreatif seperti hiking, lensa, studio mini dan aktiviti burung.

Program anjuran Jabatan Penyiaran Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan menerusi LABUANfm itu menghimpunkan masyarakat daripada pelbagai lapisan usia dalam suasana santai, selain menyampaikan mesej Malaysia MADANI sempena sambutan Bulan Kebangsaan.

Penganjuran program turut mengetengahkan kepentingan memelihara khazanah alam sekitar dan biodiversiti negara, di samping menyemai nilai kebersamaan, perpaduan dan keharmonian sebagai asas pembentukan sebuah negara yang sejahtera.

Dalam masa sama, program berkenaan menjadi platform interaksi antara penyiaran awam dengan masyarakat menerusi aktiviti lapangan dan penglibatan secara langsung bersama pengunjung.

Pendekatan itu membolehkan mesej kenegaraan disampaikan secara lebih santai dan kreatif, sekali gus mendekatkan sambutan Bulan Kebangsaan dengan komuniti setempat.

Antara aktiviti yang dianjurkan ialah Hiking Aspirasi Malaysia, Lensa Merdeka, Raikan 69 Tahun serta Studio Mini LABUANfm, selain aktiviti berkaitan burung dan alam sekitar.

Penganjuran program seumpama itu diharap dapat menyemai rasa bangga sebagai rakyat Malaysia, selain meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan memelihara khazanah alam untuk generasi akan datang.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.