Berlaku ‘sakau’ dalam Tabung Haji – PM

Foto BERNAMA

AYER KEROH, 15 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan terdapat perbuatan ‘sakau’ dalam Lembaga Tabung Haji (TH) susulan kehilangan dana berbilion ringgit, seperti yang dibangkitkan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan institusi itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Anwar: Istilah 'sakau' tidak patut dipertikaikan jika bukti menunjukkan kehilangan wang dalam institusi yang mengurus simpanan umat Islam.
  • Arahan jelas dikeluarkan: ambil tindakan setegas mungkin terhadap mereka yang melanggar peraturan dan mencuri harta amanah rakyat.
  • Anwar: Penyalahgunaan bersifat sesetengah sahaja, tetapi seluruh rakyat terkesan akibat kerakusan dan penipuan mereka.
  • Beliau mempersoalkan kelewatan pendedahan laporan siasatan berkaitan institusi itu sebelum beliau memegang jawatan.

Datuk Seri Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan, istilah ‘sakau’ tidak seharusnya dipersoalkan, sekiranya fakta menunjukkan berlaku kehilangan wang dalam institusi yang diamanahkan untuk mengurus simpanan umat Islam.

“Arahan saya jelas, siapa yang bertindak melanggar peraturan, mencuri harta dan amanah rakyat termasuk orang Islam, yang terpaksa dibayar oleh seluruh rakyat….Faham?

“Yang menyakau itu sesetengah sahaja, tetapi yang terpaksa membayar seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama disebabkan kerakusan dan penipuan mereka. Arahan telah dikeluarkan. Ambil tindakan setegas mungkin,” katanya.

Beliau menegaskan demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Kongres Nasional Keadilan 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini.

Terdahulu, Datuk Seri Anwar turut mempersoalkan mengapa laporan RCI berkaitan TH yang telah siap sebelum beliau menjadi Perdana Menteri, tidak didedahkan lebih awal.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.