Komanwel Glasgow: Amirul, Soufi raih gangsa boling padang beregu

Amirul Danial Abdul Rahim (kiri) dan Mohammad Soufi Rusli (kanan) / Foto BERNAMA

GLASGOW, 3 Ogos – Gandingan negara, Amirul Danial Abdul Rahim dan Mohammad Soufi Rusli menghadiahkan pingat gangsa kepada kontinjen Malaysia dalam acara boling padang beregu lelaki pada temasya Sukan Komanwel Glasgow 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menewaskan Kanada John Bezear dan Ryan Bester 5-3, 3-3 dalam aksi penentuan tempat ketiga di Scottish Event Campus.
  • Emas diraih pasangan Ireland Utara Adam McKeown dan Gary Kelly; England Nick Brett dan Jamie Walker meraih perak.
  • Kejayaan itu merupakan pingat pertama bagi Amirul Danial dan Mohammad Soufi di Sukan Komanwel.
  • Amirul membuat penampilan sulung di Komanwel dan merupakan juara Asia 2025 acara beregu lelaki.

Mereka menewaskan wakil Kanada, John Bezear dan Ryan Bester, 5-3, 3-3 dalam aksi penentuan tempat ketiga di Scottish Event Campus, di sini.

Pingat emas acara itu menjadi milik pasangan Ireland Utara, Adam McKeown dan Gary Kelly, manakala wakil England, Nick Brett dan Jamie Walker meraih perak.

Kejayaan itu menyaksikan Amirul Danial dan Mohammad Soufi meraih pingat pertama masing-masing sepanjang penyertaan dalam temasya berkenaan.

Amirul Danial, yang membuat penampilan sulung di Sukan Komanwel, merupakan juara Asia 2025 dalam acara beregu lelaki.

Mohammad Soufi pula beraksi buat kali ketiga selepas menyertai Sukan Komanwel Gold Coast 2018 dalam acara perseorangan dan bertiga lelaki, serta Birmingham 2022 menerusi acara bertiga dan berempat lelaki.

Beliau sebelum ini memenangi emas perseorangan lelaki pada Sukan SEA 2017 dan gangsa beregu lelaki pada edisi 2019.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.