Komanwel Glasgow: Norazian, Jariah raih gangsa acara para boling padang

Norazian Daud (kiri) dan Jariah Zakaria (kanan) / Foto BERNAMA

GLASGOW, 3 Ogos – Gandingan Norazian Daud dan Jariah Zakaria menamatkan penantian 24 tahun skuad para boling padang negara untuk kembali meraih pingat Sukan Komanwel selepas memenangi gangsa acara beregu wanita B6-B8 di Glasgow 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pasangan negara menewaskan wakil Scotland Mary Wilson dan Pauline Wilson, 10-3 dan 7-3, dalam perlawanan penentuan pingat gangsa.
  • Ini merupakan pingat pertama Norazian dan Jariah pada penampilan sulung mereka di Sukan Komanwel.
  • Ia juga menjadi pingat pertama skuad para boling padang Malaysia sejak Manchester 2002.
  • Norazian dan Jariah sebelum ini muncul juara acara beregu wanita Kejohanan Boling Asia Orang Kurang Upaya 2024.

Pasangan negara menewaskan wakil Scotland, Mary Wilson dan Pauline Wilson, 10-3, 7-3 dalam perlawanan penentuan pingat gangsa di Scottish Event Campus, di sini, semalam.

Ini merupakan pingat pertama Norazian dan Jariah pada penampilan sulung mereka di Sukan Komanwel.

Ia juga menjadi pingat pertama skuad para boling padang Malaysia pada temasya berkenaan sejak kali terakhir meraih gangsa di Manchester pada 2002.

Norazian dan Jariah sebelum ini muncul juara acara beregu wanita pada Kejohanan Boling Asia bagi Orang Kurang Upaya Keempat 2024.

Pingat emas di Glasgow menjadi milik pasangan Australia, Louise Hoskins dan Serena Bonnell, manakala wakil New Zealand, Julie O’Connell dan Teri Blackbourn meraih perak.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.