PRN Negeri Sembilan : 8.29 peratus daftar pemilih telah tunai tanggungjawab setakat 9 pagi

Daftar pemilih menunaikan tanggungjawab / Foto BERNAMA

SEREMBAN, 1 Ogos – 8.29 peratus atau 71,106 daripada 859,760 daftar pemilih telah menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, setakat 9 pagi.

RINGKASAN BERITA AI
  • DUN Labu mencatat peratus keluar mengundi tertinggi 10.4 peratus.
  • DUN Senaling (10.3 peratus) dan Ampangan (9.4 peratus) merekod kadar keluar mengundi kedua dan ketiga tertinggi.
  • DUN Rantau merekod peratus keluar mengundi terendah sekitar 6.4 peratus; perbandingan PRN ke-15 ialah 9.49 peratus.

Menerusi hantaran di Facebook, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu mencatatkan peratus keluar mengundi tertinggi dengan 10.4 peratus, diikuti DUN Senaling (10.3 peratus) dan DUN Ampangan (9.4 peratus).

DUN Rantau pula merekodkan peratusan keluar mengundi terendah iaitu sekitar 6.4 peratus.

Sebagai perbandingan, jumlah keluar mengundi bagi tempoh sama pada PRN ke-15 ialah 9.49 peratus atau 79,557 daripada 838,200 pengundi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.