KOSMA Pahang umum dividen syer tertinggi sejak 1967

Foto JAPEN Pahang

KUANTAN, 1 Ogos – Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) Pahang mengumumkan pembayaran dividen modal syer tertinggi dalam sejarah penubuhannya sejak 1967, iaitu pada kadar 60 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pembayaran dividen sejumlah RM35.32 juta diagihkan kepada 1,469 anggota selepas kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
  • KOSMA merekodkan pendapatan keseluruhan RM334.24 juta dan keuntungan bersih RM102.30 juta bagi 2025.
  • Menteri Besar memuji kecekapan pengurusan, strategi pelaburan mampan dan pulangan memberangsangkan kepada anggota.
  • KOSMA diiktiraf sebagai Koperasi Keenam Terbaik Malaysia dalam Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2026; dividen 2024 RM56.5 juta.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembayaran dividen berjumlah RM35.32 juta itu mula diagihkan kepada 1,469 anggota yang layak bermula semalam, selepas mendapat kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

“Bagi tahun kewangan 2025, KOSMA merekodkan pendapatan keseluruhan RM334.24 juta, manakala keuntungan bersih mencecah RM102.30 juta.

“Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah meluluskan pembayaran dividen syer KOSMA bagi kewangan berakhir 31 Disember 2025 pada kadar 60 peratus, yang merupakan kadar tertinggi setakat ini. Ia melibatkan pembayaran dividen kepada seramai 1,469 anggota yang layak,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan KOSMA di sebuah hotel di Kuantan, malam tadi.

Mesyuarat turut dihadiri Pengerusi KOSMA, Datuk Zamri Mohamad serta barisan Ahli Lembaga Pengarah.

Datuk Seri Wan Rosdy berkata, pencapaian itu mencerminkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan KOSMA, selain hasil strategi pelaburan yang mampan serta memberi pulangan memberangsangkan kepada anggota.

Beliau turut memaklumkan, keseluruhan pembayaran dividen melibatkan unit ladang dan saham KOSMA bagi tahun kewangan 2024 berjumlah RM56.5 juta.

Sementara itu, KOSMA Pahang terus mengukuhkan kedudukannya apabila diiktiraf sebagai Koperasi Keenam Terbaik Malaysia dalam Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2026, yang diumumkan sempena Sambutan Hari Koperasi Negara 2026 pada 4 Julai lalu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.