UniSIRAJ budayakan aktiviti penyelidikan

Peluang pembiayaan dimanfaatkan bagi menghasilkan penyelidikan bernilai dan berimpak tinggi 

SAMARKAND, 8 Oktober – Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) terus memperkukuh budaya penyelidikan dalam kalangan staf akademik menerusi peningkatan penglibatan pensyarah sebagai Penyelidik Utama.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pencapaian Geran Dana Universiti 121% melebihi sasaran, dengan 32 Penyelidik Utama menunjukkan keberkesanan sokongan universiti.
  • Geran Industri, NGO dan Swasta capai 104%; 16 Penyelidik Utama membawa kepakaran universiti ke kerjasama luar.
  • Penyelidik UniSIRAJ mula bersaing di peringkat nasional dengan Geran Penyelidikan Nasional mencapai 17% dan tiga Penyelidik Utama.
  • Geran Penyelidikan Antarabangsa mencapai 60% dengan empat Penyelidik Utama, menunjukkan potensi kolaborasi antarabangsa.

Usaha itu, platform memperluas keupayaan universiti dalam menerajui projek penyelidikan dan perundingan di peringkat dalaman, nasional serta antarabangsa.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, perkembangan itu membuktikan penyelidikan semakin menjadi sebahagian budaya akademik UniSIRAJ, selain mencerminkan peningkatan keupayaan staf akademik dalam memanfaatkan peluang pembiayaan bagi menghasilkan penyelidikan yang bernilai dan memberi impak.

“Pencapaian paling ketara direkodkan menerusi Geran Dana Universiti yang mencapai 121 peratus berbanding sasaran 23 peratus, dengan penglibatan 32 Penyelidik Utama mencerminkan keberkesanan usaha UniSIRAJ dalam membudayakan aktiviti penyelidikan melalui penyediaan peluang dan sokongan kepada staf akademik.

“Dalam pada itu, Geran Industri, NGO dan Swasta mencatatkan pencapaian 104 peratus berbanding sasaran 13 peratus, dengan penglibatan 16 Penyelidik Utama memperlihatkan keupayaan staf akademik UniSIRAJ membawa kepakaran penyelidikan ke luar lingkungan universiti melalui jaringan dan kerjasama bersama pihak industri, NGO serta sektor swasta,”titah Baginda.

Selain itu, bagi Geran Penyelidikan Nasional pula, UniSIRAJ mencapai 17 peratus berbanding sasaran 16 peratus, dengan penglibatan tiga Penyelidik Utama yang menunjukkan staf akademik universiti telah mula berupaya bersaing mendapatkan pembiayaan penyelidikan di peringkat nasional.

Sementara itu, Geran Penyelidikan Antarabangsa mencatatkan pencapaian 60 peratus berbanding sasaran 10 peratus, dengan penglibatan empat Penyelidik Utama.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.