BAS.MY Johor Bahru diperluas, manfaatkan 14.99 juta penumpang

Menteri Pengangkutan Anthony Loke (tengah) bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi, Mohamad Fazli Mohamad Salleh (dua, kiri) menyempurnakan gimik Peluncuran Perluasan Perkhidmatan BAS.MY Johor Bahru di JB Sentral / Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU, 8 Oktober – Peluasan perkhidmatan BAS.MY di Johor Bahru dijangka memberi manfaat kepada 14.99 juta penumpang setahun menerusi penambahan laluan dan kapasiti bas secara berperingkat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perkhidmatan SBST di Johor Bahru diteruskan sehingga 2031 sebagai usaha penambahbaikan pengangkutan awam.
  • Liputan diperluaskan ke Terminal Tiram, Johor Jaya, Eco Tropics, Mall of Medini dan Universiti Teknologi Malaysia.
  • Jalan Jim Quee dirancang sebagai hab penyuraian trafik dan bas akan diintegrasikan dengan stesen RTS untuk pengangkutan pertama dan terakhir.
  • Perkhidmatan SBST mencatat peningkatan 18.8% sebulan, 1.28 juta perjalanan Januari 2026, dan kenaikan 80.7% sejak Disember 2022.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, perkhidmatan bas di bawah program Stage Bus Services Transformation (SBST) itu akan diteruskan di Johor Bahru sehingga 2031.

Katanya, liputan perkhidmatan akan diperluaskan ke Terminal Tiram, Johor Jaya, Eco Tropics, Mall of Medini dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Peluasan itu turut menjadi komponen penting bagi menyokong penyuraian penumpang RTS Link Johor Bahru-Singapura.

“Kementerian Pengangkutan bersama PAJ telah membuat beberapa perancangan untuk menjadikan Jalan Jim Quee sebagai hab penyuraian trafik. Pengguna RTS boleh menggunakan bas sebagai pengangkutan pertama dan terakhir mereka.

“Kita juga telah merancang untuk mengintegrasikan perkhidmatan bas dengan stesen RTS,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Peluncuran Peluasan Perkhidmatan BAS.MY di sini, hari ini.

Perkhidmatan SBST di Johor Bahru meningkat 18.8 peratus dalam tempoh sebulan dengan 1.28 juta perjalanan direkodkan pada Januari 2026, berbanding 1.06 juta pada Disember 2025.

Jumlah perjalanan dari Disember 2022 hingga Disember 2025 pula meningkat 80.7 peratus.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.