
KUALA LUMPUR, 8 Oktober – Beberapa batang pokok tumbang dan menghempap tiang lampu serta tersangkut pada kabel elektrik di Jalan Mutiara 2, Mutiara Gombak.
RINGKASAN BERITA AI
- JBPM Selangor memaklumkan laluan berkenaan terhalang.
- Laporan diterima BBP Selayang pada 6.50 petang; pasukan tiba dalam 20 minit.
- Operasi pemotongan dan pembersihan tamat pada 8.09 malam tanpa sebarang kemalangan jiwa.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan kejadian itu mengakibatkan laluan berkenaan terhalang.
“Laporan mengenai kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang pada pukul 6.50 petang dan tiba di lokasi berkenaan, dalam tempoh 20 minit.
“Pegawai dan anggota BBP Selayang menjalankan operasi pemotongan serta pembersihan pokok.
“Operasi berkenaan tamat sepenuhnya pada pukul 8.09 malam dan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa,”menurut kenyataan berkenaan.