
ROMPIN, 31 Julai – Dua individu terselamat dalam kemalangan membabitkan dua motosikal yang terbakar keseluruhan di Jalan Kuantan-Segamat berhampiran Politeknik Muadzam Shah, tengah malam tadi.
- Orang awam menyelamatkan mangsa; mereka dirawat di Hospital Muadzam Shah.
- Siasatan awal: penunggang pertama terjatuh dan penunggang kedua melanggar dari belakang.
- Kedua-dua motosikal terseret dan terbakar sepenuhnya selepas perlanggaran.
- Mangsa antara 17 penunggang dalam konvoi ke Terengganu; kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi ketika mengesahkan kes memaklumkan siasatan awal mendapati motosikal terbabit dalam perjalanan ke Terengganu.
“Kedua-dua mangsa sempat diselamatkan orang awam dan dibawa ke Hospital Muadzam Shah untuk menerima rawatan.
“Insiden berpunca daripada kejadian pertama iaitu mangsa pertama terjatuh dan penunggang motosikal kedua dari arah belakang tidak sempat mengelak dan melanggar motosikal pertama.
“Kedua-dua motosikal berkenaan terseret dan terbakar.
“Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa antara 17 individu yang menunggang motosikal pelbagai jenis dalam perjalanan ke Terengganu dari Gemas, Negeri Sembilan,”katanya.
Kes disiasat Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.