Remaja maut akibat motosikal ditunggang terbabas

Pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan

TEMERLOH, 31 Julai – Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Kilometer 112.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Kuantan, awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa dikenalpasti sebagai Muhammad Zulhairi Azhar Mohd Shahrizan, 19 tahun, meninggal dunia di lokasi.
  • Mangsa dalam perjalanan dari Klang ke Terengganu sebelum kejadian.
  • Mangsa hilang kawalan, terbabas dan jatuh di lorong kiri; tiada lesen, berkonvoi, tercampak ke lorong kanan dan dirempuh kenderaan.
  • Siasatan awal: kecuaian mangsa dipercayai punca; siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Identiti mangsa disahkan sebagai Muhammad Zulhairi Azhar Mohd Shahrizan, 19 tahun meninggal dunia di lokasi.

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mohd Nasyim Bahron memaklumkan siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Klang ke Terengganu.

“Sebaik tiba di lokasi, motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan jatuh di lorong kiri jalan.

“Mangsa yang tidak mempunyai lesen dan berkonvoi bersama lima individu lain dilapor tercampak ke lorong kanan dan sebuah kenderaan yang dipandu seorang wanita berusia 23 tahun gagal mengelak lalu merempuh mangsa.

“Wanita berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,”katanya.

Siasatan awal mendapati insiden berpunca dari kecuaian mangsa yang gagal mengawal motosikal dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.