Pemandu lori ditahan bawa 550 anak pokok berpenyakit

Sebanyak 550 anak pokok pelbagai jenis yang disyaki mempunyai serangga perosak dan penyakit dirampas PGA di Rantau Panjang, Kelantan/Foto PGA Briged Tenggara

KOTA BHARU, 18 Oktober – Pemandu lori ditahan selepas membawa lebih 500 anak pokok pelbagai jenis bernilai RM27,500 yang disyaki mempunyai serangga perosak dan penyakit di Kampung Gual To’Deh, Rantau Panjang, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pemandu memaklumkan anak pokok diambil dari kedai semaian dan akan dihantar ke Kuala Lumpur.
  • Lori dan anak pokok yang dirampas dianggarkan bernilai RM127,500.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dan rampasan diserahkan kepada Jabatan Pertanian Kelantan.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Ahmad Radzi Hussain berkata, lelaki berusia 33 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari.

“Pemeriksaan mendapati lori terbabit membawa 550 anak pokok pelbagai jenis yang disyaki melanggar peraturan kuarantin tumbuhan.

“Pemandu memaklumkan bahawa anak pokok itu diambil dari sebuah kedai semaian dan akan dihantar ke Kuala Lumpur,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, lori dan anak pokok yang dirampas dianggarkan bernilai keseluruhan RM127,500.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167).

Manakala tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Jabatan Pertanian Kelantan untuk siasatan serta tindakan lanjut.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.