Fahmi zahir harapan Siti Nurhaliza terus sinari industri seni

Foto FB Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 18 Oktober – Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil menzahirkan harapan kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin untuk terus menyinari industri seni tanah air dan mengangkat martabat muzik tradisional Malaysia ke seluruh dunia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Fahmi berkongsi di Facebook selepas hadir menyaksikan Konsert Tradisional Gema Bumantara bersama isteri.
  • Konsert dibawakan oleh Siti Nurhaliza memaparkan keindahan seni dan irama tradisional yang bertenaga dan memukau.
  • Fahmi memuji persembahan TokTi dan pasukan sebagai bertenaga, memukau serta sarat dengan warisan budaya.
  • Konsert menarik kehadiran 63,000 penonton walaupun berlangsung dalam hujan.

Perkara itu dikongsikan Datuk Seri Fahmi menerusi perkongsian di Facebook hari ini selepas hadir menyaksikan Konsert Tradisional Gema Bumantara oleh Siti Nurhaliza bersama isterinya di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

“Malam yang penuh keindahan seni dan irama tradisional.

“TokTi dan pasukan telah menyajikan persembahan yang begitu bertenaga, memukau dan sarat dengan keindahan warisan budaya.

“Tahniah dan syabas, Biduanita Negara!,” katanya.

Konsert berkenaan yang berlangsung di TM Stadium Nasional Bukit Jalil berjaya menarik kehadiran 63,000 penonton walaupun berlangsung dalam hujan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.