
JAKARTA, 18 Oktober – Puluhan Orang utan diancam kepupusan berjaya diselamatkan daripada kebakaran hutan yang melanda Indonesia dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
- Agensi pemuliharaan Kalimantan Barat dan YIARI memindahkan 51 orang utan dari beberapa lokasi antara 6 Ogos hingga 19 Oktober.
- Kementerian Perhutanan melaporkan jumlah diselamatkan di Kalimantan mungkin mencecah 96 ekor, namun angka itu belum disahkan.
- Dalam operasi terbaharu, seekor orang utan jantan 20 tahun diselamatkan di Kampung Hampangen, Kalimantan Tengah.
- Kebakaran hutan mengakibatkan jerebu tebal, mengancam hidupan liar dan menjejaskan kesihatan manusia di rantau Asia Tenggara.
Agensi pemuliharaan Kalimantan Barat bersama pertubuhan bukan kerajaan YIARI memaklumkan, sebanyak 51 orang utan dipindahkan dari beberapa lokasi di wilayah itu antara 6 Ogos hingga 19 Oktober.
Sementara itu, data Kementerian Perhutanan Indonesia menunjukkan jumlah orang utan yang diselamatkan di Kalimantan dalam beberapa bulan kebelakangan ini mungkin mencecah 96 ekor, namun angka itu masih belum disahkan.
Dalam operasi terbaharu pada Sabtu, tiga agensi pemuliharaan menyelamatkan seekor orang utan jantan berusia 20 tahun di Kampung Hampangen, Kalimantan Tengah.
Haiwan itu diberikan ubat pelali sebelum menjalani pemeriksaan kesihatan dan dibawa ke pusat pemulihan.
Kebakaran hutan yang berlarutan turut mencetuskan jerebu tebal di rantau Asia Tenggara, mengancam hidupan liar serta menjejaskan kesihatan manusia.-AFP