
MILAN, 29 Julai – Bekas pengendali Itali, Roberto Mancini bakal kembali mengemudi skuad kebangsaan buat kali kedua, menurut Presiden Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC), Giovanni Malago pada Selasa.
- Mancini akan menggantikan Gennaro Gattuso yang meletak jawatan pada April selepas tewas kepada Bosnia dalam kelayakan Piala Dunia.
- Kekalahan itu menyebabkan juara dunia empat kali gagal layak ke Piala Dunia buat kali ketiga berturut-turut.
- Presiden FIGC Giovanni Malago mengumumkan pelantikan sewaktu mesyuarat Majlis Persekutuan dan mengesahkan dalam sidang media.
- Mancini pernah memenangi Euro 2021, mengendalikan 58 perlawanan, dan berpengalaman mengurus Inter, Fiorentina serta Manchester City.
Mancini akan menggantikan Gennaro Gattuso yang melepaskan jawatan berkenaan pada April lalu susulan kekalahan kepada Bosnia dan Herzegovina dalam saingan kelayakan Piala Dunia.
Kekalahan itu menyaksikan juara dunia empat kali berkenaan gagal melayakkan diri ke kejohanan berprestij dunia itu buat kali ketiga berturut-turut.
Malago mengumumkan pelantikan itu sewaktu mesyuarat Majlis Persekutuan.
“Mancini adalah jurulatih baharu,” katanya sebelum mengesahkan keputusan berkenaan dalam satu sidang media.
Mancini, 61, sebelum ini pernah memimpin Itali menjuarai Kejohanan Eropah (Euro) pada 2021.
Beliau mengendalikan Azzurri sebanyak 58 perlawanan sepanjang tempoh pertamanya, selain berpengalaman menguruskan kelab terkemuka seperti Inter Milan, Fiorentina dan Manchester City.
Semasa mengemudi Manchester City selama tiga tahun, beliau berjaya mengemudi kelab Liga Perdana Inggeris itu menjulang kejuaraan liga pertama mereka pada musim 2011-12.- REUTERS