Warga Bangladesh didakwa tujuh pertuduhan amang seksual

Foto hiasan

ALOR GAJAH, 23 Julai – Seorang pekerja kontrak warga Bangladesh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tujuh pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap tujuh pelajar lelaki sebuah sekolah berasrama di daerah itu, bulan lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tertuduh tidak mengaku selepas pertuduhan dibacakan menerusi jurubahasa.
  • Amang seksual fizikal terhadap tujuh pelajar lelaki berusia 13 hingga 15 tahun di bilik mandi dan tempat basuh asrama.
  • Didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta 2017, membawa hukuman sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan; mahkamah tidak benarkan jamin.

Tertuduh, Islam Mohammad Shoriful, 44 tahun, bagaimanapun tidak membuat sebarang pengakuan selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Kamarul Aris Kamalluddin menerusi jurubahasa Bangladesh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan pelbagai perbuatan amang seksual fizikal terhadap tujuh pelajar berusia antara 13 hingga 15 tahun di kawasan bilik mandi dan tempat basuh asrama lelaki.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara pukul 6 hingga 6.30 petang pada 12 Jun lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Syaza Nur Sharif supaya tertuduh tidak diikat jamin. 28 Ogos depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.