Op Samseng Jalanan: 19 saman dikeluarkan, 10 motosikal disita

Foto Polis Langkawi

LANGKAWI, 28 September – Sebanyak 19 saman dan 10 motosikal disita menerusi Op Samseng Jalanan yang dijalankan di kawasan sekitar Langkawi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi dijalankan dari 11 malam 24 September hingga 6 pagi 25 September.
  • Lokasi tumpuan: Jalan Chandek Kura, Jalan Perana, Jalan Ulu Melaka, Jalan Mata Ayer, Jalan Kuala Teriang, Jalan Padang Matsirat.
  • Operasi melibatkan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Balai Polis Padang Matsirat dan Unit Rondaan MPV IPD Langkawi.
  • Polis akan terus mempergiatkan operasi dan pemantauan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta membanteras lumba haram dan samseng jalanan.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi menerusi kenyataan memaklumkan, operasi dilaksanakan bermula 11 malam 24 September hingga 6 pagi 25 September.

“Sebanyak 19 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

“Manakala 10 buah motosikal disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan pengubahsuaian kenderaan,” menurut kenyataan itu.

Antara lokasi tumpuan operasi ialah Jalan Chandek Kura, Jalan Perana, Jalan Ulu Melaka, Jalan Mata Ayer, Jalan Kuala Teriang dan Jalan Padang Matsirat.

Operasi melibatkan kekuatan anggota daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah, Balai Polis Padang Matsirat serta Unit Rondaan MPV (Alpha, Bravo dan Charlie) IPD Langkawi.

Polis akan terus mempergiatkan operasi dan pemantauan bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman pengguna jalan raya sentiasa terpelihara, khususnya dalam membanteras kegiatan lumba haram dan samseng jalanan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.