
JOHOR BAHRU, 23 Julai – Lima lelaki, termasuk dua remaja, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan bergaduh di tempat awam sehingga mengganggu ketenteraman awam, pada Isnin lalu.
- Pertuduhan bergaduh di sebuah restoran Taman Daya pada 5.40 pagi, mengganggu ketenteraman awam.
- Tiga tertuduh dikenakan denda RM700.
- Mahkamah menetapkan 1 September untuk laporan akhlak bagi dua tertuduh remaja.
- Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Eizlan Azhar mengikut Kanun Keseksaan, semua tertuduh tidak diwakili peguam.
Tertuduh berumur 15 hingga 38 tahun, membuat pengakuan itu dihadapan Majistret Nurzihan Abdul Rehman.
Mengikut kertas pertuduhan, mereka bersama-sama, dengan niat bersama, bergaduh di tempat awam sehingga mengganggu ketenteraman di sebuah restoran di Taman Daya, pada 5.40 pagi.
Tiga daripada tertuduh didenda RM700, manakala mahkamah menetapkan 1 September depan, untuk laporan akhlak bagi dua tertuduh remaja.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Eizlan Azhar, mengikut Kanun Keseksaan, manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.
Kes tular pada Isnin lalu, melibatkan 12 lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes pergaduhan ketika menonton perlawanan akhir Piala Dunia, Sepanyol menentang Argentina, di Taman Daya.