Suara ASEAN semakin berpengaruh – Mohamad Hasan

Datuk Seri Mohamad Hasan menyampaikan Kenyataan Negara pada Debat Umum Sesi ke-81 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA81) pada Ahad/Foto BERNAMA

NEW YORK, 28 September – ASEAN mampu memainkan peranan lebih besar dalam menghadapi perubahan geopolitik dan geoekonomi dunia yang semakin tidak menentu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Suara ASEAN semakin berpengaruh di pentas antarabangsa.
  • ASEAN perlu berhati-hati agar tidak dilihat mempunyai kepentingan geopolitik tertentu.
  • Apabila ASEAN bersuara, ia sering mendapat sokongan antarabangsa tetapi perlu bertindak berhati-hati.
  • Suara ASEAN mesti berpaksikan prinsip termasuk mempertahankan hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sebagai sebuah blok serantau dengan kekuatan penduduk dan ekonomi yang besar, suara ASEAN semakin berpengaruh di pentas antarabangsa.

Pada masa sama jelas beliau, ASEAN perlu berhati-hati dalam membawa suara bersama supaya tidak dilihat mempunyai kepentingan geopolitik tertentu.

“Selalunya bila ASEAN bersuara, akan mendapat sokongan daripada masyarakat antarabangsa tetapi kita perlu berhati-hati kerana ada juga perkara yang kita perlu kemudi secara berhati- hati,” katanya.

Tambah beliau lagi, suara ASEAN perlu berpaksikan prinsip, termasuk mempertahankan hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa.

“Hal itu penting bagi memastikan ASEAN terus dipercayai dan didengari masyarakat antarabangsa,” jelasnya ketika bercakap pada sidang media selepas menyampaikan kenyataan negara di Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sempena UNGA Ke-81 di sini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.