
LISBON, 28 September – Sebuah pesawat Delta Air Lines melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Porto, Portugal, pada Ahad selepas asap dikesan di dalam kabin.
RINGKASAN BERITA AI
- 14 penumpang memerlukan bantuan perubatan selepas pesawat mendarat dengan selamat.
- Empat penumpang dibawa ke hospital kerana terhidu asap, namun keadaan mereka tidak serius.
- Pesawat membawa 296 penumpang dari Barcelona ke Boston sebelum dilencongkan ke lapangan terbang lain.
Perkhidmatan Perlindungan Awam Portugal berkata, 14 penumpang memerlukan bantuan perubatan selepas pesawat itu selamat mendarat di lapangan terbang berkenaan.
Empat daripada penumpang dibawa ke hospital akibat terhidu asap, namun keadaan mereka dilaporkan tidak serius.
Menurut laporan media, pesawat yang membawa 296 penumpang itu dalam penerbangan dari Barcelona ke Boston, Amerika Syarikat, sebelum dilencongkan ke Porto.
Punca kejadian masih belum dikenal pasti.-AFP