Malaysia dipelawa pengerusi bersama ‘The Hague Group’ bersama Afrika Selatan

Datuk Seri Mohamad Hasan (kanan)/Foto BERNAMA

NEW YORK, 28 September – Malaysia dipelawa untuk menjadi pengerusi bersama pakatan kerjasama Kumpulan The Hague atau The Hague Group bersama Afrika Selatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Malaysia terkenal dengan suara lantang dalam isu pelanggaran undang-undang dan hak kemanusiaan di platform antarabangsa.
  • Datuk Seri Mohamad memberi kenyataan kepada media selepas menyampaikan kenyataan negara di UNGA ke-81.
  • The Hague Group ditubuhkan untuk mengukuhkan pematuhan undang-undang antarabangsa termasuk usaha menangani isu Palestin.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pelawaan itu mencerminkan pengiktirafan terhadap pendirian tegas negara dalam isu pelanggaran undang-undang antarabangsa dan hak kemanusiaan.

Bagaimanapun jelasnya, pelantikan itu masih memerlukan persetujuan di peringkat Jemaah Menteri selain untuk diteliti Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Banyak sangat negara yang mahu kita menjadi pengerusi bersama termasuk Afrika Selatan kerana disebabkan oleh suara Malaysia yang amat lantang di setiap platform ataupun pentas
antarabangsa termasuk yang disuarakan Perdana Menteri yang sentiasa bercakap tentang pelanggaran undang-undang antarabangsa dan hak kemanusiaan antarabangsa,” katanya.

Datuk Seri Mohamad bercakap pada sidang media selepas selesai menyampaikan kenyataan negara di PBB sempena sesi debat umum, Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-81 di sini.

The Hague Group ditubuhkan bagi mengukuhkan usaha negara-negara anggota dalam memastikan pematuhan terhadap undang-undang antarabangsa, termasuk dalam menangani isu berkaitan Palestin.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.