Putin tambah 15,500 anggota tentera, kekuatan pasukan kini lebih 1.5 juta orang

Vladimir Putin / Foto AFP

MOSCOW, 29 September – Presiden Rusia, Vladimir Putin menandatangani dekri bagi menambah 15,500 anggota tentera, menjadikan kekuatan keseluruhan pasukan itu kini mencecah 1,550,500 orang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dekri menetapkan keseluruhan kekuatan Angkatan Tentera Rusia termasuk kakitangan awam kepada 2,441,630 orang.
  • Ini merupakan penambahan keempat tahun ini; jumlah anggota meningkat hampir 48,000 sejak Mac.
  • Dekri tidak menyatakan sebab dan dikeluarkan ketika perang Rusia-Ukraine berterusan; dakwaan mobilisasi oleh Ukraine dinafikan Putin.

Dekri berkenaan turut menetapkan keseluruhan kekuatan Angkatan Tentera Rusia, termasuk kakitangan awam, kepada 2,441,630 orang.

Langkah terbaharu itu merupakan penambahan keempat tahun ini selepas Putin sebelum ini meluluskan peningkatan saiz angkatan tentera pada Mac, Jun dan Julai.

Pada hujung Julai, jumlah anggota tentera ditetapkan kepada 1.535 juta, sebelum dinaikkan lagi menerusi dekri terbaharu.

Secara keseluruhan, jumlah anggota tentera Rusia bertambah hampir 48,000 orang sejak Mac menerusi beberapa dekri yang dikeluarkan sepanjang tempoh berkenaan..

Dekri berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan sebab penambahan anggota itu.

Arahan baharu itu dibuat ketika perang Rusia-Ukraine berlarutan, dengan kedua-dua pihak merekodkan korban berterusan di medan tempur.

Ukraine sebelum ini berulang kali mendakwa Moscow sedang membuat persediaan untuk melaksana satu lagi mobilisasi ketenteraan, namun dakwaan itu ditolak Putin. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.