Lebih dua tan dadah dirampas di Sumatera

Foto AFP

MEDAN, 23 Oktober – Lebih dua tan dadah, membabitkan 1.16 tan ketamin dan 1.2 tan syabu, dirampas polis Indonesia menerusi dua operasi berasingan di Sumatera dalam tempoh dua hari.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kapal dipintas di perairan Sumatera Utara selepas dipantau melalui risikan sejak Ogos.
  • Ketamin hidroklorida ditemui dalam 58 guni semasa pemeriksaan kapal.
  • Lapan anak kapal ditahan, tujuh warga Indonesia dan seorang warga Taiwan.
  • Serbuan makmal syabu di Kabupaten Pidie, Aceh, merampas bekalan dan menahan sembilan warga Indonesia serta dua warga China.

Rampasan pertama membabitkan ketamin yang ditemukan dalam sebuah kapal di perairan Sumatera Utara, manakala satu lagi hasil serbuan ke atas sebuah makmal rahsia syabu di Aceh.

Ketua Polis Indonesia, Suyudi Ario Seto mendedahkan, kapal berkenaan dipintas pasukan polis dan kastam pada Selasa selepas pergerakannya dipantau menerusi risikan sejak Ogos.

“Hasil pemeriksaan, pasukan gabungan menemukan ketamin hidroklorida dalam 58 guni dengan berat keseluruhan mencecah 1.16 tan,” katanya kepada pemberita, di sini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, lapan anak kapal turut ditahan, terdiri daripada tujuh warga Indonesia dan seorang warga Taiwan.

Nilai ketamin yang dirampas dianggarkan 3.48 trilion rupiah atau kira-kira AS$192 juta.

Rampasan itu berlaku lebih dua bulan selepas pihak berkuasa Indonesia memintas sebuah lagi kapal membawa 1.3 tan ketamin dari Thailand yang disembunyikan dalam 65 guni berhampiran Kepulauan Riau.

Sehari selepas operasi di laut itu, pihak berkuasa menyerbu sebuah makmal syabu di Kabupaten Pidie, Aceh.

Sebanyak 1.2 tan syabu bernilai kira-kira 2.16 trilion rupiah dirampas dalam operasi berkenaan.

Sembilan warga Indonesia dan dua warga China turut ditahan di beberapa lokasi berkaitan operasi itu. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.