Syarikat tempatan perlu perkukuh rantaian bekalan, kurangkan import

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 24 Oktober – Syarikat dan perusahaan tempatan digesa merangka strategi jangka panjang bagi meningkatkan penglibatan dalam rantaian bekalan industri utama, sekali gus mengurangkan kebergantungan negara terhadap barangan import.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perkukuhkan penglibatan syarikat tempatan sebagai pembekal bahan mentah dan komponen bagi menyokong rantaian bekalan industri.
  • Tingkatkan bilangan pembekal tempatan supaya sebahagian komponen dapat disediakan oleh perusahaan domestik, kurangkan kebergantungan luar.
  • Perkukuh ekosistem pelaburan untuk mempercepat pertumbuhan ekonomi dan menyokong pembekalan oleh pengeluar tempatan.
  • Fokus pada penghasilan produk berteknologi tinggi dan bernilai tambah supaya menjadi pembekal dipercayai multinasional.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata penyertaan aktif syarikat domestik dalam pembekalan bahan mentah dan komponen produk mampu memperkukuh ekosistem pelaburan serta mempercepat pertumbuhan ekonomi negara.

“Jika seorang pelabur datang untuk menghasilkan sesuatu produk yang memerlukan 10 jenis bahan atau komponen, tetapi tiga atau empat syarikat tempatan mampu membekalkan sebahagian daripadanya, kita dapat mengurangkan kebergantungan terhadap import,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) 2026 di Menara MITI, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Datuk Seri Johari berkata industri tempatan juga perlu memberi tumpuan kepada penghasilan produk berteknologi tinggi dan bernilai tambah tinggi.

Langkah itu penting bagi membolehkan syarikat tempatan muncul sebagai pembekal yang dipercayai oleh syarikat multinasional dan peneraju industri global.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.