Ab Rauf kekal Ketua Menteri jika BN Menang PRN Melaka

Foto RTM  

JASIN, 23 Oktober -Datuk Seri Ab Rauf Yusoh akan dikekalkan sebagai Ketua Menteri Melaka sekiranya Barisan Nasional (BN) bersama rakan strategiknya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bulan depan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengerusi BN dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, nyatakan keyakinan terhadap kepimpinan Ab Rauf berdasarkan rekod dan potensi.
  • Beliau gunakan perumpamaan 'order barang online' untuk menegaskan BN akan menghantar apa yang dijanjikan kepada rakyat Melaka.
  • SPR menetapkan hari mengundi PRN Melaka pada 14 November; penamaan calon 31 Oktober; undi awal 10 November.
  • PRN Melaka 2021: BN menang 21 dari 28 kerusi; PH lima kerusi; PN dua kerusi.

Pengerusi BN yang juga Timbalan Perdana Menteri itu berkata keyakinan terhadap Ab Rauf berasaskan rekod kepimpinan dan potensi besar yang ditonjolkan sejak memegang jawatan Setiausaha Kerja UMNO terdahulu.

“Insya-Allah Datuk Rauf, walaupun kita ‘order’ barang (secara) online, barang yang ‘order’, barang itulah juga yang Melaka akan dapat,” katanya ketika berucap merasmikan Pelancaran Jentera BN Parlimen Jasin di Dewan Alamanda di sini malam ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi bagi PRN Melaka pada 14 November, dengan penamaan calon pada 31 Oktober dan undi awal pada 10 November.

PRN Melaka yang diadakan pada 2021 menyaksikan BN menang 21 daripada 28 kerusi dipertandingkan, sekali gus berjaya membentuk kerajaan negeri, manakala Pakatan Harapan (PH) menang lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi. – BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.