153 PATI ditahan imigresen di Johor

Foto JIM Johor

JOHOR BAHRU, 14 Julai – Seramai 153 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menerusi operasi khas di seluruh negeri, pada Isnin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi dijalankan hasil risikan terhadap premis disyaki menggaji atau menempatkan PATI tanpa kebenaran.
  • Kesalahan dikesan termasuk penyalahgunaan Pas Lawatan Kerja Sementara, tinggal melebihi tempoh dan tiada dokumen perjalanan sah.
  • Tahanan berusia antara 19 hingga 51 tahun, melibatkan warga Myanmar, Nepal, Bangladesh, Indonesia, India dan Pakistan.
  • Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, operasi itu dilaksanakan hasil risikan terhadap premis-premis yang disyaki menggaji atau menjadi tempat tinggal PATI tanpa kebenaran.

Menurutnya, antara kesalahan yang dikesan termasuk penyalahgunaan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), tinggal melebihi tempoh dibenarkan serta gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

Kesemua PATI berusia antara 19 hingga 51 tahun terdiri daripada 21 lelaki dan 10 wanita warga Myanmar, seorang lelaki warga Nepal, 31 lelaki warga Bangladesh, 57 lelaki serta 21 wanita warga Indonesia, selain dua lelaki warga India dan 10 lelaki warga Pakistan.

Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.