
BESUT, 6 Julai – Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan bagi membantu siasatan susulan satu laporan kes rogol.
RINGKASAN BERITA AI
- Mangsa ialah remaja perempuan berusia 13 tahun di Kampung Raja, Besut.
- Mangsa dirujuk ke Hospital Besut untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
- Perintah reman empat hari dikeluarkan oleh Majistret Nurliyana Md Zukri.
- Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Mangsa melibatkan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun di Kampung Raja di sini.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Rozaime Ab Halim berkata mangsa dirujuk ke Hospital Besut untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Perintah reman selama 4 hari dikeluarkan Majistret Nurliyana Md Zukri, pagi tadi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.