Pengundi muda bakal tentukan hala tuju PRN Johor

Suasana perang bendera antara parti-parti politik yang bertanding/Foto BERNAMA

JOHOR, 1 Julai – Kumpulan pengundi muda, termasuk Undi 18, dijangka menjadi faktor penentu keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 yang akan berlangsung pada 11 Julai ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Parti perlu susun strategi kempen digital berkesan memanfaatkan trend penggunaan media sosial dalam kalangan golongan muda.
  • Pasukan siber perlu peka dan bertindak pantas menangani penyebaran maklumat yang boleh menjejaskan peluang calon.
  • Kandungan digital mesti berkualiti, disampaikan pantas, dan elakkan serangan berlebihan yang boleh memakan diri.
  • Pendekatan konvensional seperti program ramah mesra dan ziarah masih relevan untuk mendekati pengundi di akar umbi.

Sehubungan itu, setiap calon dan parti yang bertanding perlu menyusun strategi kempen lebih berkesan bagi meraih sokongan kumpulan berkenaan yang disifatkan masih berada di atas pagar.

Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Malaysia, Profesor Madya Dr. Mohd Azhar Abd Hamid berkata, trend penggunaan media sosial dalam kalangan golongan muda perlu dimanfaatkan sepenuhnya dengan memperhebat kempen di platform digital.

Menurut beliau, pasukan siber setiap parti juga perlu sentiasa peka dan bertindak pantas terhadap perkembangan semasa, khususnya dalam menangani penyebaran maklumat yang boleh menjejaskan peluang calon bertanding.

“Inilah cyber war, sangat penting kandungan itu mestilah berkualiti dan seperti PMX cakap, jangan banyak menyerang. Kadang-kadang terlalu berlebihan terhadap sesuatu isu atau individu juga boleh menyebabkan kesan negatif kepada pihak yang menyerang itu, akhirnya akan memakan diri.”

Beliau berkata, kandungan digital yang berkualiti dan disampaikan secara pantas mampu mempengaruhi pendirian pengundi muda dalam membuat pilihan pada hari pengundian.

Bagaimanapun, beliau berpandangan pendekatan kempen secara konvensional seperti program ramah mesra dan ziarah masih relevan sebagai medium untuk mendekati pengundi di peringkat akar umbi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.