Simpan SSPN: Pengatur cara tak sangka menang RM20,000

Foto RTM

GOMBAK, 3 Jun – Seorang pengatur cara komputer masih terkejut dan tidak menyangka apabila diumumkan sebagai pemenang utama Cabutan WOW! Simpan SSPN 2025 bagi Kategori WOW! Plus Siri 1 Tahunan, yang menawarkan ganjaran tunai RM20,000.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dia sangka panggilan penganjur penipuan dan mengesahkan kemenangan melalui portal rasmi Simpan SSPN.
  • Mula menyimpan dalam Skim Simpan SSPN sejak 2021 untuk anak sulung.
  • Memperluaskan simpanan pada 2024 untuk anak kedua sebagai persediaan kos pendidikan.
  • Beliau ditemui pada majlis penyampaian hadiah anjuran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional di Gombak, Selangor.

Iun Ying Chian, 38, dari Gombak berkata, pada awalnya beliau menyangka panggilan daripada pihak penganjur adalah penipuan kerana tidak pernah membayangkan akan memenangi sebarang cabutan bertuah. Bagi memastikan kesahihan kemenangan tersebut, beliau kemudian membuat semakan melalui portal rasmi Simpan SSPN.

Menurutnya, beliau mula menyimpan dalam Skim Simpan SSPN sejak tahun 2021 untuk anak pertamanya dan memperluaskan simpanan pada tahun 2024 bagi anak keduanya, sebagai persediaan menghadapi kos pendidikan yang semakin meningkat pada masa depan.

Katanya, wang kemenangan tersebut akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk keperluan pendidikan anak-anaknya.

Beliau ditemui pada Majlis Penyampaian Hadiah Cabutan Simpan SSPN 2026 Kategori WOW! Plus Siri 1 di Gombak, Selangor, anjuran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.