
JOHOR BAHRU, 2 Julai – Kempen kesemua 56 calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, berjalan lancar setakat ini.
- Calon-calon pertama kali menunjukkan prestasi amat memberangsangkan.
- Beberapa insiden sabotaj dilaporkan seperti poster koyak, papan iklan rosak dan bendera dibakar namun situasi kekal terkawal dan tenang.
- Kempen PH menumpukan penyelarasan logistik bagi memberi laluan kepada sidang parlimen, dengan kehadiran pemimpin di beberapa lokasi zon utara.
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, pretasi yang amat memberangsangkan turut dipamerkan dalam kalangan calon-calon yang pertama kali bertanding pada pilihan raya.
Beliau mengakui meskipun terdapat beberapa insiden berunsurkan sabotaj, namun kempen tetap berlangsung dalam suasana terkawal.
“Terdapat beberapa kejadian berlaku seperti poster koyak, papan iklan rosak, bendera dibakar tetapi secara keseluruhannya, situasi berlangsung dengan tenang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di sini hari ini.
Mengulas mengenai kehadiran pemimpin PH di beberapa lokasi kempen di zon utara Datuk Dr Fuziah berkata, pergerakan kempen lebih tertumpu kepada penyelarasan logistik bagi memberi laluan kepada sidang parlimen yang sedang berlangsung ketika ini.