6 Terkorban serangan bom di kafe

Foto AFP

DAMSYIK, 3 Julai – Sekurang-kurangnya enam orang maut manakala 22 lagi cedera dalam satu insiden letupan bom di sebuah kafe berhampiran Istana Kehakiman di pusat bandar Damsyik pada Khamis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Letupan dipercayai berpunca daripada alat letupan yang dipasang di lokasi kejadian.
  • Tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan.
  • Pihak berkuasa memulakan siasatan, kawal kawasan dan berjanji tindakan tegas terhadap pihak bertanggungjawab.

Menurut pihak berkuasa, letupan tersebut dipercayai berpunca daripada alat letupan yang dipasang di lokasi kejadian. Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan.

Insiden itu mencetuskan suasana panik di kawasan sibuk tersebut apabila ambulans dan pasukan keselamatan bergegas ke lokasi kejadian, manakala kawasan sekitar segera dikawal ketat.

Seorang saksi kejadian memaklumkan beliau terdengar dentuman kuat sekitar jam 3 petang sebelum melihat orang ramai berlari menyelamatkan diri dan meminta bantuan kecemasan.

Gabenor Damsyik, Maher Eldibi, berkata siasatan telah dimulakan dan pihak bertanggungjawab akan diambil tindakan tegas.

“Setiap kali negara mula menikmati kestabilan, ada pihak yang cuba menggugat keamanan,” katanya.

Sejak perubahan kepimpinan selepas penggulingan Bashar al-Assad pada Disember 2024, kerajaan baharu Syria di bawah Presiden Ahmed al-Sharaa berdepan cabaran keselamatan berterusan, termasuk beberapa insiden keganasan di ibu negara.

Sebelum ini, serangan paling maut berlaku pada Jun 2025 apabila serangan di sebuah gereja mengorbankan 25 nyawa.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.