Serangan Rusia: Zelensky arah kekal waspada

Foto AFP

KIEV, 3 Julai – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mengingatkan rakyatnya agar terus berwaspada dan tidak leka susulan serangan besar Rusia ke atas Kyiv yang mengorbankan sekurang-kurangnya 21 nyawa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serangan dron dan peluru berpandu pada waktu malam memusnahkan beberapa bangunan kediaman dan mencederakan puluhan penduduk.
  • Zelensky melawat lokasi kejadian dan menegaskan keadaan masih genting, rakyat mesti kekal berwaspada dan tidak leka.
  • Beliau memberi jaminan Ukraine akan bertindak balas terhadap serangan apabila ditanya, jawapan beliau tegas: Pasti.

Serangan dron dan peluru berpandu pada waktu malam itu memusnahkan beberapa bangunan kediaman, selain mencederakan puluhan penduduk, menurut pihak berkuasa tempatan.

Ketika melawat lokasi kejadian yang menyaksikan sebuah blok apartmen rosak teruk, Zelensky menegaskan keadaan masih genting dan Ukraine tidak boleh mengambil mudah ancaman yang berterusan.

“Tiada siapa harus leka. Kita tidak mampu untuk leka. Kita kini berada dalam keadaan yang hampir kritikal,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau turut memberi jaminan Ukraine akan bertindak balas terhadap serangan tersebut.

Ketika ditanya wartawan sama ada Ukraine akan membalas serangan Rusia, Zelensky menjawab tegas, “Pasti.”- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.