Polis Taiwan bongkar sindiket pertaruhan Piala Dunia bernilai AS$300 juta

foto REUTERS

TAIWAN, 2 Julai – Polis Taiwan berjaya merampas pertaruhan Piala Dunia bernilai lebih AS$300 juta selepas membongkar satu sindiket pertaruhan dalam talian haram.

RINGKASAN BERITA AI
  • Polis menyerbu rumah di Tainan membongkar sindiket pertaruhan dalam talian haram.
  • Lapan individu ditahan; polis rampas komputer, telefon bimbit, buku rekod dan wang tunai.
  • Lima daripada mereka dipercayai dari Hong Kong dan Macau menggunakan visa pelancong.
  • Sindiket menyewa rumah lima tingkat sepanjang tempoh kejohanan Piala Dunia.

Taiwan tidak layak beraksi di Piala Dunia, namun ramai penduduk di pulau yang terkenal dengan minat mendalam terhadap sukan itu merupakan penyokong bola sepak.

Menurut kenyataan Balai Polis Presint Keempat, Jabatan Polis Bandar Tainan, kegiatan itu dibongkar selepas polis menyerbu sebuah rumah di bandar Tainan, selatan Taiwan.

Lapan individu ditahan dan polis turut merampas komputer, telefon bimbit, buku rekod serta wang tunai.

Lima daripada lapan individu yang ditahan dipercayai datang dari Hong Kong dan Macau menggunakan visa pelancong bagi mengendalikan operasi pertaruhan Piala Dunia.

Sindiket itu didakwa menerima pertaruhan hampir NT$10 bilion (AS$313 juta) bagi perlawanan Piala Dunia.

Mereka menyewa rumah lima tingkat itu sepanjang tempoh kejohanan berlangsung. – AFP

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.